AZRI ABU HASSAN

"cinema is a medium of abstraction" - Delueze

Friday, November 13, 2009

Surat untuk Norman Yusoff


foto oleh : BYXURAPHOTOGRAPHY


Bulan Febuari 2010, kau bakal meninggalkan kami buat sementara waktu walaupun 4 tahun di Sydney, Australia. Kau banyak memberi aku pendedahan ilmu dan disiplin teori perfileman selama 3 tahun di sebuah institusi kaum Melayu. Ye, dari breakfast, lunch dan dinner kita bersama berbual tentang filem hingga ke hari ini pun tak akan habis. Bagaimana pula kau tiada di sini? Argh!, alam maya bakal mengikat tali silaturahim bertanya khabar di antara kita berdua. Aku masih ingat lagi, kita pernah menonton filem Breathless arahan Godard di GSC Mid Valley, International Screen. Filem paling best, di tayang sebuah layar besar...hingga ke malam kita masih berbual tentang filem Godard.
Kau menghasilkan idea dan skrip untuk aku mengarahkan filem pendek. Dari Kopitiam Kurang Manis, Awan Mendung Menanti Pelangi dan Keluarga Borjouis Dato Dr. Hajjah Sappiah. Insyallah, kita akan berkerjasama kembali setelah kau pulang ke tanah air.
Perpisahan.
Setiap manusia akan mengalami detik perpisahan. Hukum karma yang ditetapkan oleh tuhan. Jangan sesekali lawan kehendaknya. Mati pun seorang diri, menghadap tuhan pun seorang diri. Sebelum mati, kita perlu fikirkan tentang diri sendiri adakah kita sudah melaksanakan tanggunjawab sebagai khalifah di bumi tuhan? Sempurnakan dahulu. Teruskan impian kau iaitu mengejar ilmu, dapatkan segulung sijil PHD. Belajar ilmu tuhan tak akan habis, dalam kubur pun dipersoalkan tentang apa yang kita lakukan di dunia ini.
Sometime kita perlu radikal mengejar ilmu.
Di dalam surat untuk Norman Yusoff ini, aku ingin meninggalkan satu pesanan untuk kamu, Norman Yusoff. JANGAN BERHENTI MENULIS.

Sekian, Terima Kasih.


Yang ikhlas,

azri abu hassan

P/S: Surat untuk Norman Yusoff inspirasi yang di tulis oleh Cik Ajune didalam cikajuneblogspot.com

Friday, November 6, 2009

SHORT CLAY ANIMATION:GOSIP MAK MINAH (2009)

video

Sebuah karya Azri Abu Hassan, Noor Marina Mohd Samsuri dan Nur Kamalia Ramlan.

Tuesday, October 27, 2009

TAYANGAN PERDANA FILEM KALUT ARAHAN FALIQ DAN FILEM ALONG & KAK LONG ARAHAN HISYAMUDIN AHMAD




TARIKH : 30 OKTOBER 2009
TEMPAT : INSTITUT KEPIMPINAN & KUALITI, UiTM Shah Alam.
MASA : 7.45 PM
MASUK PERCUMA!!

p/s : kepada blogger, sila datang menonton tayangan perdana filem terbitan para pelajar honor showcase tahun akhir, ijazah sarjana muda. Datanglah beramai-ramai...

senyum

Hari ini aku senyum ke tahap ke telinga. Alhamdullilah, syukur kepadamu ya Allah.

Monday, October 26, 2009

kerepek, keropok dan "the mak cik kerepek"

Di sebuah Restoran Timur Bumiputra, terdapat dua orang lelaki sedang menghabiskan makanan sup daging. Kelihatan ramai orang makan masakan timur di restoran tersebut. Dua orang lelaki tadi dalam keadaan kekenyangan. Seorang lelaki berbadan besar di kenali sebagai Tarantino dan seorang lagi di kenali Hitchcock. "Burpp..alhamdulliah". Mereka berdua sedawa kerana kekenyangan. Oh islam rupanya mereka berdua, ceh!, (penulis buat lawak seketika). Mereka berdua ini lebih di kenali sebagai kumpulan 2 sejoli, 1 impian kerana bekerja di tempat yang sama iaitu Angkatan Belia 4B (Baik, Buruk, Bodoh, Bangang). Itulah mat-mat belia sekarang di Malaysia.
Selepas makan, mereka berbual tentang isu hangat atau gosip artis yang sedang hangat di majalah Mangga, URTV, Mastika pun ada!, tentang "seorang artis perempuan glamor tidak mengaku ibunya seorang penjual kerepek!". Kemudian dua lelaki itu berbual tentang kenapa perkara ini boleh berlaku di manakah silapnya seorang anak tidak pedulikan mak, tidak menjaga emak, maruah dan tidak ada perasaan kasih sayang. Hmm, kalau orang belia 4B bercakap ke, orang pemimpin dan ahli politik cakap memang rhetorik, tapi mereka buat benda yang sama. Sila lah korang lihat cermin. Sedang mereka rancak berbahas, mempersoalkan kenapa anak tak jaga ibu dikala umur senja ini, dan tiba-tiba kelihatan sebungkus beg plastik warna merah penuh dengan isian kerepek dan keropok yang di bawa oleh mak cik agak tua dan lesu. Kemudian mak cik itu mengeluarkan kerepek kentang, kerepek bawang dan pelbagai kerepek lalu penuh di atas meja supaya dua orang lelaki 2 sejoli, 1 impian simpati dengan mak cik itu. (ini adalah strategy marketing "the mak cik kerepek").
Salah seorang lelaki itu berkata "tak apa mak cik, saya dah ada kerepek kat rumah", terpaksa menipu untuk mengelak beli. Kemudian mak cik itu menjawab "Eh tak pa dik, akak bukan memaksa, itu kerepek kat umah, tapi belilah sekarang boleh makan". Mak cik itu kata dia tak paksa, tapi dia paksa dua lelaki itu beli. Kemudian dua lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas sambil menyebut serentak "Kami tak mahu beli", kata-kata slogan seakan seperti "Katakan TIDAK pada rokok". Kemudian, mak cik itu berkata "Beli la dik, mak cik nak balik ni". Ini menunjukkan bahawa mak cik ini terpaksa menghabiskan jualan kerepek pada hari tersebut kerana dia ada margin jualan, atau dia takut kena potong gaji. Boleh jadi ini ada satu sindiket jualan secara berkumpulan. Berbalik pada cerita asal itu, mak cik itu memasukkan kembali kerepek-kerepek itu kedalam bungkusan plastik warna merah. Kemudian, kita memperlihatkan sebuah majalah hiburan URTV di dalam beg plastik, keluaran November terbaru dan tajuk di depan majalah menyebut : "Sofia, tidak mengaku ibunya penjual kerepek". dan kelihatan lain "Produser filem malu mengambil Sofia berlakon lagi takut tak BOX OFFICE", "Dia bukan ibuku"- Sofia.
Kemudian, lelaki itu bertanya "Mak cik, Sofia ni anak mak cik ka?". Lalu mak cik itu menjawab "Ye anak", jawab dengan keadaan lesu. Keadaan di restoran menjadi senyap seketika, lalu memperlihatkan semua orang tetamu di restoran memandang ke arah mak cik itu setelah dia membuat pengakuan. Lalu, mak cik itu beredar dari restoran menuju ke jalan raya. Dalam masa yang sama kelihatan wartawan, juru gambar, TV3, BERNAMA datang menemuramah mak cik itu di tepi jalan raya.

Seminggu selepas kejadian itu,

"the mak cik kerepek" usahawan yang berjaya. heboh satu Malaysia, mak cik itu begitu laris jualan kerepek, dek kerana tumpang isu hangat anaknya yang bangsat itu. Secara tidak langsung mak cik itu popular seketika.

itu lah dunia, selagi ibu masih hidup jagalah dengan baik-baik sebelum mereka tiada.



Sunday, October 25, 2009

perangai buruk

sudah mencecah 2 tahun susur jalur masa berlalu, masihkah kau tak menerima aku sebagai kawan walaupun kita pernah bergaduh, tidak bersefahaman, ideologi berlainan dan sebagainya. Sehingga kau tak menerima aku secara realiti (aesthetic of reality) seperti mana Andre Bazin dan secara alam maya (internet) untuk berhubung mengikat tali persabatan yang kau sendiri putus di sebabkan kau terlalu emosi menguasai segala-galanya. Adakah kau terfikir, setiap kejadian berlalu the pastness itu datang dari Tuhan. Ada kau fikir apa berlaku di sebalik kejadian itu? Memang kau bodoh. Walaupun kau seorang dikatakan "pembimbing" bidan terjun sekali pun, kau tetap bodoh. Terima Kasih.

p/s : aku menulis untuk luahan hati tidak di tujukan pada mana-mana individu yang dekat pada aku. Aku menulis untuk orang yang jauh, katak di bawah tempurung "perangai buruk"; tidak boleh menerima kesalahan orang, belagak pandai, ada kuasa dan sebagainya.

Friday, October 23, 2009

Kelebihan lelaki dengan lelaki


Berdasarkan 2 keping di atas menunjukkan 2 orang lelaki Azri Abu Hassan dan Mohd Fariz Iskandar sedang berposing dan bergaya dengan pakaian baju Melayu. Sebenarnya,sudah 2 bulan yang lalu kami bersama fakulti membuat jamuan berbuka puasa. Seronok, dan nikmat berbuka puasa ramai-ramai kerana berpeluang menjimatkan duit hehehe. Berbalik pada topik iaitu kelebihan lelaki dengan lelaki adalah mereka saling memahami di antara satu sama lain. Sebagai contoh pada situasi saya pada ketika itu, terus terang katakan selama 24 tahun saya hidup sehingga kini tidak pandai memakai sampin. Sedih sekali. Kemudian, saya meminta Fariz tolong pakaikan sampin pada saya. Comel u...ramai orang tengok aksi kita orang. Pada kaum perempuan, jaga-jaga memilih lelaki yang bakal bergelar suami kelak.
Selain itu, sepertimana saya terangkan tadi tentang lelaki memahami di antara satu sama lain dan kelebihan lelaki dengan lelaki dari segi pergaulan. Ramai lelaki diluar sana suka bergaul lelaki dengan lelaki berbanding perempuan walaupun teman wanita sekali. Anyway, jangan anggap semua lelaki itu gay..ntah, sometime saya pun ada perasaan dengan lelaki maksud saya, suka melihat lelaki yang kacak. Chow! Bye...