Monday, October 25, 2010

THE.SiS

Baru pulang dari shooting filem pendek MATA BOLEH MELIHAT arahan Ashroff Nor Shaid. Seperti biasa dari hari ke hari, malam tidak tidur, mata lebam, jari-jemariku makin lesu menaip thesis aku.. TV aku padam, sesekali aku buka terdapat siaran langsung FESTIVAL FILEM 23, hanya kedengaran pemenang Sang Burung GAGAK yg galak bersuara ketika waktu maghrib, maka Sang Genius Pembikin filem hanya terduduk DIAM di kerusi, hanya memikirkan masa depan. Aku terkilan sewaktu ketika dahulu Sang Juri asalnya datang dari sebuah Estet tidak tahu menilai apa itu makna ESTET.

Selepas habisnya thesis aku, aku akan kembali mengarahkan sebuah filem pendek. Ramai yang bertanya bila filem pendek arahan aku terbaru. Barangkali bulan DISEMBER bakal mengarahkan filem pendek aku. Projek seterusnya, aku akan menerbitkan sebuah projek teater bertajuk KOTAK HITAM arahan Fasyali Fadzly akan dipentaskan di Stor DBP lewat bulan Januari atau awal Febuari 2011.

SALAM SINEMA



2 comments:

omgpetch said...

filem pendek ape ni bang? haaa tak habaq mai apa pun kt cek? ;p

azrifilms said...

insyallah.. aku akan panggil petch....best short film ni...