Sunday, November 14, 2010

MISLINA MUSTAFA ADALAH MISLINA MUSTAFA

Cerpen ini di inspirasikan daripada kisah benar.


Cerita ini bermula ketika aku sebagai WARTAWAN hiburan ingin interview seorang pelakon yang berbakat besar dan baru-baru ini telah dicalonkan sebagai pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia 23. Badan aku begitu lesu di pagi yang indah. Langit cerah, kedengaran burung pipit berbunyi sambil mencari cacing untuk anak-anaknya. Kemudian aku memandang jam dinding di bilik menunjukkan jam 8.30 pagi. “DAMN!!”. Aku terlambat untuk pergi ke bilik fotografi untuk interview Mislina Mustafa. Bodohnye aku sebagai wartawan yang lambat datang. Aku hanya capai tuala mandi dan tanpa seurat benang berlari ke toilet. Aku mandi sambil bernyanyi lagu Kalau Berpacaran nyanyian Ana Rafali dan Shuhaimi Mior Hassan.

Di dalam kereta aku memasang radio stesen Era, Rentak Muzik Terkini. Terdapat satu sesi dalam radio tersebut kedengaran pakar motivasi menceritakan soal peribadi di masa hadapan. Beliau berkata “Mengapa kita perlu jadi orang yang terkenal? Walaupun kita tidak ada ilmu pengetahuan di dada?” Menarik. Kata di dalam hati aku. Tiba-tiba beliau menyambung lagi, “Salah! Ilmu itu penting tuan-tuan dan puan-puan, sebagai contoh pelakon. Jika pelakon itu harapkan pada muka yang cantik tetapi tidak ada bakat ibarat seperti mesin bergerak dan membaca dialog sahaja". Tambah beliau lagi “Pelakon yang ada bakat dan ilmu pengetahuan mereka orang bijak serta boleh memahami dialog lalu boleh melahirkan perasaan emosi terhadap watak tersebut”. Perghh, aku terdiam dan kaku seketika. Kemudian aku telah tiba di bilik fotografi.

Aku ternampak Mislina Mustafa sedang di solek oleh make up artis. Sambil beliau di make up, aku turut bertanyakan beberapa soalan tentang latar belakang beliau sebagai pelakon. Aku bertanya “ Mislina Mustafa, apakah perasaan anda sebagai pelakon setelah 15 tahun baru anda telah di calonkan sebagai pelakon wanita terbaik festival baru-baru ini?”. Jawabnya “Saya agak terkejut. Ini kerana sebuah festival yang terumbang ambing, korupsi, kroni, pilih kasih dan sebagainya. Tiba-tiba nama saya tercalon, adakah ianya menjadi benda yang pelik berlaku dalam hidup saya. Saya tidak terharu tapi terkejut.” Aku menyambung soalan lagI,“ Selama 15 tahun yang lalu, boleh ceritakan latar belakang anda?”. Mislina mejawab “Pada mulanya saya hanya berlakon teater di bawah arahan Fauziah Nawi dan kemudiannya, Osman Ali pada ketika itu dia seorang pelajar di Akademi Filem Malaysia (AFM) sedang mencari pelakon. Lalu saya telah di pilih dalam proses casting, dan di situlah saya bermula berlakon dalam skrin. Selain itu, saya juga banyak menimba ilmu lakonan bermula di sekolah seni iaitu ASWARA pada tahun 1994 dan beberapa buah persembahan teater dan workshop di bawah seliaan mendiang Krishen Jit”. Aku menambah soalan lagi “Baru-baru ini anda sedang dilanda kontroversi dimana anda begitu sombong untuk menjawab soalan oleh wartawan berkaitan tentang isu filem Zaiton Sameon arahan Fauziah Nawi, boleh anda terangkan?”. Mislina memandang ke arah tepat pada wajah aku. Kemudian dia betulkan kedudukan dan menyuruh make up artis untuk stop sekejap meyolek mukanya. “ Ya!, sebagai pelakon perlu ada perasaan arrogant kerana saya kerja begitu keras untuk melakonkan watak tersebut. Saya sering buat research watak itu pelbagai sudut malah saya merasakan hampir semua pelakon terutamanya pelakon wanita di Malaysia khususnya,tidak melakukan research on watak, menghayati watak dan sebagainya”. Setelah habis sesi soal jawab, aku membawa Mislina ke bilik fotografi. Terdapat seorang jurugambar sedang membetulkan kedudukan lampu. Kemudian, aku menyuruh Mislina mebuat pose ala-ala Siti Nurhaliza dan Fasha Sandha. Mislina melenting “Hei, please aku bukan macam diorang, aku adalah aku. Perlu ke aku kena tiru gaya diorang. Mereka selebriti yang gila glamour, aku pelakon”. Mislina membuat gaya yang tersendiri. Aku begitu akur dengan kehendaknya. Memang benar, kebanyakkan artis di Malaysia hanya sukakan dunia glamour berbanding pada bakat di angkat.


p/s : HANYA SEKADAR CERPEN SAHAJA

Tamat.

1 comments:

omgpetch said...

tapi siti tak perlu gila glamour uall. dia skrg diva. duit dah beriban, tak perlu kejar glamour dh. glamour yg kejar dia. macam anuar zain i. semua tu low profile. selebriti lain, mungkin. haha. tukar watak kat cerpen u!